Thursday, 5 April 2012

~ Lukisan Unjuran Pertama & Ketiga ~

CONTOH LUKISAN





















~ Unjuran Sudut Ketiga ~

Unjuran sudut ketiga.

1. Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai  
    unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di 
    serata dunia.

2. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak 
    dilukis berada dalam satah sudut ketiga.

3. Satah – satah yang berada dalam sudutini dibayangkan 
    seolah – olah diperbuat daripada bahan lut cahaya     
    untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – 
    satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C.

4. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan 
    diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai  
    dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak 
    panah kecil, seperti dalam rajah di bawah:-


5. Apabila lipatan pada satah setiap pandangan menjadi 
   satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan 
   terhasil seperti rajah di bawah:-


Kaedah unjuran ketiga

1. Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah 
    pandangan sisi.

2. Pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya   
    boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan 
    dan pandangan pelan.

3. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran 
    untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:-

    i. Menggunakan garisan bersudut 45° seperti rajah 7.0


  ii. Menggunakan sesiku sudut 45°


~ Lukisan Sudut Ketiga ~

Bagaimana Lukisan Dibuat.

Tiada satu ketetapan peraturan yang khusus bagaimana memulakan sesuatu lukisan tetapi apa yang pasti ialah lukisan yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Langkah di bawah merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistematik.

Langkah 1: Menentukan arah – arah pandangan

1. Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan 
   terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan 
   tersebut mestilah dipatuhi.Jika tidak ada arahan yang 
   diberi, arah pandangan  hadapan perlulah diambil dari   

2. Aarah yang mempunyai ukuran yang paling panjang ia 
    berada dalam kedudukan mendatar dan dapat 
    menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek 
    dengan garisan nyata yang banyak. 

3. Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang 
    dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan 
    menggunakan garisan – garisan tersembunyi 
    yang paling sedikit.

4. Pandangan atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah 

    jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat 
    diperhatikan dalam rajah 1 dibawah:-


Langkah 2: Menentukan unjuran sudut pandangan

1. Kita perlu menentukan unjuran sudut pandangan yang 

    hendak dilukis dan kemudian tentukan bilangan 
    pandangan yang hendak dilukis.

2.Rujuk rajah objek di bawah :- 


Langkah  3 : Pemindahan ukuran

1. Ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada 

    kotak  – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah  
    dibawah.

2. Kaedah pemindahan ukuran yang berkesan ialah 

    dengan menggunakan jangka lukis,sesiku sudut dan 
    sesiku T . Kaedah ini dapat menjimatkan masa


Wednesday, 4 April 2012

~ UNJURAN ORTOGRAFIK ~

PENGENALAN

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini, untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan atas, hadapan, dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga. Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan - pandagan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukan permukaan yang sebenar. 


PANDANGAN UNJURAN SUDUT PERTAMA

Pandangan hadapan berada disebelah atas yang selari dengan pandangan sisi.
Manakala bagi pandangan atas berada dibawah pada kedudukan pandangan hadapan.


PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA


Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.


PRINSIP UNJURAN YANG DIGUNAKAN DALAM UNJURAN ORTOGRAFIK

i.    Prinsip unjuran berpusat


ii.   Prinsip unjuran selari 


KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

Terdapat tiga konsep utama unjuran ortografik :
i.  ARAH PANDANGAN
    Setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan      
    mengunjurkan garisan-garisan unjuran yang bersudut 
    tepat kepada satah unjuran dari objek tersebut. 
    Pandangan hadapan merupakan pandangan yang 
    dihasilkan pada satah unjuran hadapan. Setiap 
    pandangan memerlukan satu satah unjuran.   
    Apabila satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di 
    atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada 
    satah tersebut. Pandangan tersebut adalah pandangan 
    atas. Satu lagi pandangan yang diperlukan untuk 
    menggambarkan sesuatu objek sepenuhnya ialah 
    pandangan sisi.Apabila sesuatu objek dibayangkan 
    terletak dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu 
    boleh dianggap sebagai satah unjuran. Permukaan kaca 
    tersebut dapat memberikan enam pandangan. Enam 
    pandangan ini dipanggil sebagai pandangan ortografik 
    utama






ii. SATAH UNJURAN
    Konsep ortografik menggunakan satah unjuran dan 

    pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. 
    Satah unjuran utama terdiri daripada satah menegak dan 
    satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran 
    tersebut akan menghasilkan empat sukuan.


iii. OBJEK ATAU BENDA YANG DILUKIS
     Objek merupakan benda yang akan dilukis dalam 

     unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis 
     biasanya mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.


JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK
PELAN
Pandangan pelan juga dikenali sebagai pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek. Namun begitu, ia tidak bermakna pandangan arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi. Pada kebiasaannya, arah pandangan yang dipilih adalah pandangan dari sebelah atas. Pandangan pada arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek.


HADAPAN
Pandangan hadapan dipilih berdasarkan arah yang menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu. Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi. Bahagian-bahagian ini paling banyak mewakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.



SISI
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya yang mewakili dimensi lebar dan tinggi sesuatu objek. Pandangan sisi yang dipilih bergantung kepada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding garisan tersembunyi.


 

~ Lukisan Kejuruteraan ~

Pengenalan

Lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina  dan kejuruteraan.Lukisan kejuruteraan juga merupakan lukisan garisan – garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

Teknik Melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan,termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisankelihatan lebih jelas dan mudah difahami.


PERALATAN UNTUK LUKISAN KEJURUTERAAN 


 ~ PAPAN LUKIS ~
~ SESEKU T ~

~ ALATAN MELUKIS ~

~ SET GEOMETRI ~


Monday, 2 April 2012

~ Yachalana ~

Mesti kalian nk thu kn ap yg dimaksudkn dgn perkataan YACHALANA tu ... baca btol2 n bukak mata luas2 supaya kalian dapat ingat apa yg dimaksudkn dgn Yachalana ...  Yachalana berasa drp gabungan antara name glamor kami b'empat iaitu EYA, CHA, ZILA dan SUE NANA ... 

~ Princess YaChaLaNa ~


~ EYA ~

~ CHA ~

~ ZILA ~

~ SUE NANA ~

klu kalin nk tahu, kami b'empat bkwn dr sem 1 lg smpai la skrg ... skrg kami semua dh sem 4 ... dh 2 thn kami still together, nk kemana2 pasti bersama2, cume nk masok toilet je x bsama..hahaha ... if kiteorng kuar, salah sorang drp kami xde, psti org lain akan tegur, npe x ckup GENG ... nmpk sgt kami b'empat nie cm AUR DGN TEBING kn xpn bagai ISI DGN KUKU , cheewaahh b'pribahasa la plk ...huhuhu ... nie la sdikit sbnyk story pasal Yachalana ... sekian :)