PENGENALAN
Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini, untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan atas, hadapan, dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga. Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan - pandagan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukan permukaan yang sebenar.

PANDANGAN UNJURAN SUDUT PERTAMA
Pandangan hadapan berada disebelah atas yang selari dengan pandangan sisi.
Manakala bagi pandangan atas berada dibawah pada kedudukan pandangan hadapan.
PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA
Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.

PRINSIP UNJURAN YANG DIGUNAKAN DALAM UNJURAN ORTOGRAFIK
i. Prinsip unjuran berpusat
ii. Prinsip unjuran selari
KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK
Terdapat tiga konsep utama unjuran ortografik :
i. ARAH PANDANGAN
Setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan

mengunjurkan garisan-garisan unjuran yang bersudut
tepat kepada satah unjuran dari objek tersebut.
Pandangan hadapan merupakan pandangan yang
dihasilkan pada satah unjuran hadapan. Setiap
pandangan memerlukan satu satah unjuran.

Apabila satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di
atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada
satah tersebut. Pandangan tersebut adalah pandangan
atas. Satu lagi pandangan yang diperlukan untuk
menggambarkan sesuatu objek sepenuhnya ialah
pandangan sisi.Apabila sesuatu objek dibayangkan
terletak dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu
boleh dianggap sebagai satah unjuran. Permukaan kaca
tersebut dapat memberikan enam pandangan. Enam
pandangan ini dipanggil sebagai pandangan ortografik
utama

ii. SATAH UNJURAN
Konsep ortografik menggunakan satah unjuran dan
pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut.
Satah unjuran utama terdiri daripada satah menegak dan
satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran
tersebut akan menghasilkan empat sukuan.

iii. OBJEK ATAU BENDA YANG DILUKIS
Objek merupakan benda yang akan dilukis dalam
unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis
biasanya mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.

JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK
PELAN
Pandangan pelan juga dikenali sebagai pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek. Namun begitu, ia tidak bermakna pandangan arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi. Pada kebiasaannya, arah pandangan yang dipilih adalah pandangan dari sebelah atas. Pandangan pada arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek.

HADAPAN
Pandangan hadapan dipilih berdasarkan arah yang menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu. Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi. Bahagian-bahagian ini paling banyak mewakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.

SISI
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya yang mewakili dimensi lebar dan tinggi sesuatu objek. Pandangan sisi yang dipilih bergantung kepada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding garisan tersembunyi.

No comments:
Post a Comment